Layan kuliah Maghrib di Surau TGHZA... Tafsir Surah Al-Haqqah (Surah 69 dengan 52 ayat pendek-pendek aje). Menarik surah ini kerana Allah menyebut "Saat" (Kiamat) tetap berlaku... Allah bertanya bagaimana sifat dan keadaan apabila "saat" berlaku dan bagaimana kamu boleh tahu sifat dan keadaan itu berlaku... (rujuk ayat 1, 2 dan 3) persoalan ini ditinggalkan kemudian Allah menceritakan....
1. Kaum Thamud dengan Nabi Allah Salleh as. dan petir (rujuk ayat 4 - "Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu." dan ayat 5 - "Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi
Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau
dahsyatnya.")
2. Kaum Aad dengan Nabi Allah Hud as dan ribut kencang (ayat 6 - "Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya," dan ayat 7 - "Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus;
(kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu
bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang
(tumbang dan) lompang.")
3. Kaum Firaun dengan Nabi Musa as dan laut terbelah - (rujuk ayat 9 - "Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang
terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah
ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.")
4. Kaum Sodom dengan Nabi Allah Lut as dan bumi dilingkup (rujuk ayat 9 - "Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang
terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah
ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.")
5. Kaum Nabi Nuh a.s dengan banjir besar - (rujuk ayat 11 "Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta
menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan
nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju
pelayarannya).")
Dalam ayah 12 surah ini "(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran."
Allah memberitahu bahawa peristiwa ini adalah untuk mereka yang berfikir....
Allah memberitahu bahawa peristiwa ini adalah untuk mereka yang berfikir....
![]() |
Ustaz yang mengajar |
Siapa sebenar guru atau cikgu Nabi Muhammad s.a.w? Buku mana menjadi rujukan Nabi Muhammad s.a.w....???
Eeh.. Tanah Arab semasa itu dikeliling tamadun Rom dan Farsi. Sebelahnya ada pemikiran socrates and aristotle. Ada Tamadun China dan Tamadun India... Takkan tamadun ini tak mempengaruhi pemikiran Rasulullah saw??
Takkan Nabi Muhammad tak belajar dengan mereka ini?? Kalau siapa tahu aku minta bagi kepada aku buku rujukan Nabi s.a.w dan.... Siapa cikgu dia ??
Mungkin Asyraf Azizi Remli boleh bantu saya kot..
0 Comments