About Me

header ads

Aji-No-Moto haram dan bahaya?


    Sebelum menulis pasal Aji-No-Moto pertama aku nak beritahu bahawa di rumah aku sejak 1998 sampai sekarang tak pernah guna ajinomoto kerana isteri dan keluarganya tak makan ajinomoto. Aku pula daripada kecil sehingga 1998 makan dan menggunakannya dalam masakan (biasanya aku celup sudu pada bekas MSG yang melekat aje aku masuk dalam masakan). Tapi aku tak suka pengunaan ajinomoto yang berlebihan. Tak hairan misalnya mee champa (2 kali aje aku makan) aku tak suka kerana terlalu banyak ajinomoto. Sesetengah kerepok dan makanan ringan aku tak suka kerana ajinomoto didalamnya. Di Sarawak aku bermasalah kerana ajinomoto ni "wajib muqayyad" dalam masakan mereka.
 
Mitos dan Momokan


    Ajinomoto satu produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) selalu dimomok dengan pelbagai mitos dan fitnah seperti cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan paling digeruni penyebab kanser. Malah ada kata dibuat daripada tulang babi dan haram. Kalau ajinomoto buruk dan sangat bahaya kenapa ajinomoto boleh bertahan sejak 1908 di Jepun sehingga hari ini. Tak ada pakar penyelidik nak bongkar keburukan ajinomoto di Jepun? Negara yang sangat sensitif dengan produk membahaya tak kan membiarkan perkara ini berlalu berratusan tahun?

Penemuan Ajinomoto


    Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut pada 1908 setelah dia makan makanan masakan isterinya sedap berbanding masakan orang lain kerana menggunakan rumpai laut. Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa, MSG.

MSG vs Garam Biasa


MSG mengandungi sodium hanya 17 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40 peratus. Aku berfikir lebih baik guna MSG daripada garam... Lagi pun terhasil daripada ubi, tebu, daging atau cendawan (bukan tulang babi) melalui proses penapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih. Jika difikirkan logik dalam satu periuk masakan jika diletakkan secubit MSG... dan kita tak makan semua kuah dalam periuk itu... maka sebenarnya banyak mana sangat MSG yang masuk dalam tubuh kita kalau setakat kita makan semangkuk kuah gulai?

Kenapa letak Ajinomoto jadi sedap??

Ok. Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam kebanyakan makanan semula jadi termasuk susu ibu. Glutamat adalah komponen utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami dalam makanan.

Rasa Kelima

Sementara umami pula dikenali secara saintifik sebagai rasa asas kelima selain rasa manis, masam, masin dan pahit. Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat.

Ramai orang letak gula atau garam dalam masakan, jika peratus sodium 17% sahaja lebih baik letak MSG daripada letak gula atau garam berlebihan dalam makanan. Walaupun saya berpendapat seperti ini tapi buat masa ini saya tak akan membeli ajinomoto untuk masakan di rumah saya.

Saya masih lagi ini lihat kandungan MSG kalau banyak sangat saya kurangkan macam mana saya sekarang sedang kurangkan garam (teringat ikan kering dan telur masin..) dan gula.

Pertanyaan?


Bagi mengakhiri tulisan ini saya ingin bertanya mana lebih bahaya satu kiub perasa (apa jenis kiub termasuk sos tiram dll) dengan secubik Ajinomoto?



Walahualam.


Post a Comment

0 Comments